Kemerdekaan @ KMS

Friday, September 3, 2010

MUKADIMAH...

Assalammualaikum kepada semua pembaca,
Pada kali ini,saya ingin menceritakan sambutan kemerdekaan yang berlaku di kolej matrikulasi selangor sepanjang bulan ogos yang bersamaan dengan  bulan ramadhan. Maka bertambahlah penghayatan dan bermaknanya sambutan kemerdekaan kali ini kerana berada pada bulan ramadhan. Bulan yang penuh nikmat buat seluruh umat islam di dunia. Bagaimanapun,terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk pelajar KMS sempena kemerdekaan tahun ini. Antaranya ialah:-

Pada malam 30 ogos 2010,Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan majlis countdown sempena sambutan kemerdekaan yang ke-53. Ianya diadakan di surau As-Sufi. Semua pelajar kms diwajibkan hadir. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan ialah,ceramah daripada salah seorang pejuang negara,laungan kemerdekaan dan solat hajat serta sujud syukur bagi menghayati dan menghargai atas kemerdekaan yang  masih dikecapi oleh negara kita,Malaysia.


Terdapat aktiviti lain yang diadakan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan di kms sepanjang bulan ogos. Antaranya ialah,pertandingan pembinaan blog,dekorasi antara blog asrama,pertandingan koir,pantomin,pertandingan mendeklamasikan sajak, serta lawatan legasi di tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Banting,Selangor.

cOUNTdown MeRdeKA!!! 
Pada malam 30 ogos 2010,Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan majlis countdown sempena sambutan kemerdekaan yang ke-53. Ianya diadakan di surau As-Sufi. Semua pelajar kms diwajibkan hadir. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan ialah,ceramah daripada salah seorang pejuang negara,laungan kemerdekaan dan solat hajat serta sujud syukur bagi menghayati dan menghargai atas kemerdekaan yang  masih dikecapi oleh negara kita,Malaysia.

 

 PEMBINAAN BLOG
Aktiviti ini diadakan daripada pertengahan bulan julai sehingga 25 September 2010. Penyertaan wajib bagi semua pelajar dengan menghantar beberapa wakil untuk setiap praktikum. Disini,terdapat contoh borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan.


 DEKORASI BLOK ASRAMA
 Dekorasi blok asrama disertai oleh semua blok di kolej Matrikulasi Selangor yang terdiri daripada Blok Vega, Blok Polaris, Blok Mira, Blok Canopus dan Blok Capella. Pelajar diminta menghias blok asrama mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang digunakan perlulah berkaitan dengan sambutan kemerdekaan yg ke-53. Terdapat beberapa hasil dekorasi yang telah dibuat oleh beberapa blok asrama perempuan seperti yang tertera di bawah.
Blok Mira
Blok Vega
Blok Polaris
Blok Polaris
PERTANDINGAN KOIR
Pertandingan koir pula disertai oleh beberapa pelajar bagi mewakili blok asrama masing-masing. Mereka perlu mempersembahkan beberapa lagu patriotik dan bertanding antara blok asrama yang lain. Terdapat beberapa gambar yang menunjukkan semasa latihan koir diadakan dan semasa pertandingan berlangsung:
Blok Polaris
Blok Mira
Blok Capella
Koir KMS
Blok Vega
Tempat ke-2:Vega

Keseluruhan pertandingan koir dimenangi oleh blok POLARIS,di tempat kedua ialah blok VEGA,dan ketiga pula blok CAPELLA...
Di akhir pertandingan sebelum mengumumkan keputusan juri,terdapat persembahan khas daripada pasukan koir KMS dengan lagu Standing in the eyes of the world dan Tanggal 31..

 LAWATAN LEGASI 31 OGOS 2010
Lawatan Legasi juga diadakan pada hari cuti umum,31 ogos 2010 sempena menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar KMS dan beberapa pensyarah matrik. Antara tempat-tempat yg di lawati ialah, Bukit Jugra, Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaeddin dan melawat orang yang sudah lama berada di banting dan beliau mengetahui banyak sejarah di banting.
 

BUKIT JUGRA
LUAR MASJID SULTAN ALAEDDIN
DALAM MASJID SULTAN ALAEDDIN

MAKAM ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD




LAWATAN KE RUMAH PEJUANG NEGARA

PANTOMIN