SaLaM mAAl HijRaH ^_^

Monday, December 13, 2010

Assalammualaikum...
kpd sahabat-sahabat yg setia bersama kami...
Alhamdulillah,kt baru sahaja melepasi awal muharam pd beberapa hari lpas..
dgn itu,sy berharap agar kt semua dpt menjadi insan yg lbih baik pd tahun ini...
Harap2,amal ibadah pun brtmbh dan istiqamah ye...
SALAM MAAL HIJRAH-1432

pesanan penaja...berhati2 djln raya

ExpLOrinG SK017 CorNEr

Thursday, September 23, 2010

beautiful colour of life
apa dh jd?? lalat karam di lautan acid. Is'it coz of da colour@smell

Message For All Of Us

Wednesday, September 15, 2010

As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to let us down probably will. You'll have your heart broken, probably more than once, and it's harder every time. You'll break heart too, so remember how it felt when someone broke yours. You'll fight with your best friend and maybe fall in love with them. You'll blame a new love for things an old one did. You'll cry because time is passing too fast and you'll eventually lose someone close to you. So take too many pictures, laugh too much, and love like you'll never been hurt because every 60 seconds you spend angry or upset is a minute of happiness you'll never get back.

A Friend Who Cares

Sunday, September 12, 2010




Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.





When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.


FIZIK, MATEMATIK , SINARAN LASER...& SOLAT JEMAAH...

Falsafah Sains Sinergisme

"Seorang pelajar perubatan boleh diibaratkan sebagai satu vektor," kata Dr Rashid ketika memulakan salah satu sesi kuliah Anatominya.

Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar.


Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.



Fizik dan Vektor

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan  antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!



Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran Laser
Doktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.



Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

Islam Mengajar Sinergi

1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.

Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

Fikir-fikirkan!!
http://msaidhawwa.blogspot.com.

fanTAStic!!!

Fenomena Alam-Aurora Borealis & Aurora Australis

Apa itu aurora? 
Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Oleh kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya “Aurora Kutub” atau “Aurora Polaris”
Fenomena aurora di utara dikenali sebagai Aurora Borealis , yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut.

Aurora Borealis juga dipanggil Cahaya U
tara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April.


Fenomena aurora di selatan, Aurora Australis atau Cahaya Selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa. Mekanisme aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV,iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km.

Pancaran oksigen atom paling menonjol–garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora.

Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi–atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.


Sumber: Fenomena Alam

COlouRS oF liFe!!!


KACA atau PERMATA ???
Banyak orang sering diutarakan soalan yang sama, antara kaca atau permata? Tetapi seringkali orang memilih permata kerana merasakan ia mewah, membawa keuntungan yang besar kepada pemiliknya. Dengan kilauannya boleh membuat seseorang khayal seketika, dibuai keindahannya, dirasuk kecantikannya, namun ramai yang terlupa, kaca juga memiliki kelebihannya. Mampu membiaskan cahaya dan kukuh sifatnya.

Bukannya kaca hanya digambarkan sebagai nipis tetapi apabila disusun ia boleh menjadi prisma, menghasilkan tujuh warna yang indah, seindah pelangi yang dicipta oleh Allah s.w.t.


Namun kita sering membanding-bandingkannya, tanpa berfikir bahawa kedua-duanya memiliki keistimewaan tersendiri. Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kelemahan, sepertipermata, tampak indah, menjadi pujaan terutamanya di kalangan wanita namun ramai terlupa ia juga merupakan benda yang sering membuat manusia terleka, tamak. Begitu juga dengan kaca, putih bersih warnanya belum menjanjikan keindahan dan kelebihan kerana ia sangat berbahaya. Serpihannya boleh membuat tangan kita terluka.


Menilai kaca atau permata bukanlah dengan hanya pandangan mata, tetapi melihat kepada apa yang tersirat di sebaliknya. Mengapa agaknya ia dicipta? Tentu ada hikmahnya, dan mengajak kita semua berfikir, bukan hanya membuat perbandingan. Kacadan permata hanya sesuatu yang zahir, nilainya pada sesuatu yang abstrak di sebalik penciptaannya, begitu juga dengan kita, manusia. Antara kaca dan permata, kedua-duanya sama, hanya benda yang sama, terhasil walau dari elemen yang berbeza namun asalnya dari batuan semata.

Menilai kaca dan permata bukan dengan pandangan mata sebaliknya dengan pandangan hati. Permata bernilai tapi sering diburu tanpa disedari manakala kaca lut sinar warnanya tapi sangat mudah untuk pecah.


Antara kaca atau permata? Mana satu pilihan kita? Moga Allah tunjukkan apa yang baik untuk kita. Kedua-duanya sama sahaja. Terpulang pada kita.

MaSa ooooo mAsA...!!!!!

MENjeLANG PSPM!!!!
uuurrrmmmpphhh......dok matriks selAlu sebut+pikir+.......
pasal benda ni,
BETUL Tak???? tp.....ada yang peduli(pagi,petang,siang,malam), ada yang 50/50(blur+loading)...ada yang redha je(redah je) ...

pesanan PENAJA:........ANDA di MANA?????   lu pikirlah sendiri....

coUnTdOWn BliK RaYA...

Saturday, September 4, 2010

SALAM PERANTAU...

wah...nk blik kmpg...
aq xtaw arr korg tp aq mmg x sabar nk blik,huhu...
thun ni adalah thun pertama aq pose jauh dr ibu bapa aq...
kbykn bdak klas aq pun sama...
tp ada gak bdak2 klas aq yg mmg dh pernah dduk asrama sblum ni..
so diaorg dh biasa ar..
tp rasa lmbtnyer la kat sini..bdak U sume dh cuti..
cuti diaorg pun lg lama dr ktorg..(jeles btul)
tp nk wat cmner,dh sistem matrik cmni...lgpun sthun jer kat sini..
lpas raya pun,tarikh pspm mkin dekat,huhu
ktorg xbleh rileks sgt...

by the way,aq sabar menanti hr selasa...sbb aq nk blik kmpg cpat..
xdpt merasa mengecat rmh dgn wat kuih raya la thun ni...

tp aq tetap doakn bdak2 kms dpt beraya dgn selamat thun ni..
dan pulang semula ke kms dgn selamat..
pesanan penaja: berhati2 d jalan raya & jgn rebut2 nk swap kad matrik..sbb aq pun nk blik nanti...YEAH!!!!

oleh itu kami h6p2 semua nk ucap.....

jaga diri , hiasi peribadi......
oooppppssss.....before that.....reminder for us????


Kemerdekaan @ KMS

Friday, September 3, 2010

MUKADIMAH...

Assalammualaikum kepada semua pembaca,
Pada kali ini,saya ingin menceritakan sambutan kemerdekaan yang berlaku di kolej matrikulasi selangor sepanjang bulan ogos yang bersamaan dengan  bulan ramadhan. Maka bertambahlah penghayatan dan bermaknanya sambutan kemerdekaan kali ini kerana berada pada bulan ramadhan. Bulan yang penuh nikmat buat seluruh umat islam di dunia. Bagaimanapun,terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk pelajar KMS sempena kemerdekaan tahun ini. Antaranya ialah:-

Pada malam 30 ogos 2010,Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan majlis countdown sempena sambutan kemerdekaan yang ke-53. Ianya diadakan di surau As-Sufi. Semua pelajar kms diwajibkan hadir. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan ialah,ceramah daripada salah seorang pejuang negara,laungan kemerdekaan dan solat hajat serta sujud syukur bagi menghayati dan menghargai atas kemerdekaan yang  masih dikecapi oleh negara kita,Malaysia.


Terdapat aktiviti lain yang diadakan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan di kms sepanjang bulan ogos. Antaranya ialah,pertandingan pembinaan blog,dekorasi antara blog asrama,pertandingan koir,pantomin,pertandingan mendeklamasikan sajak, serta lawatan legasi di tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Banting,Selangor.

cOUNTdown MeRdeKA!!! 
Pada malam 30 ogos 2010,Kolej Matrikulasi Selangor telah mengadakan majlis countdown sempena sambutan kemerdekaan yang ke-53. Ianya diadakan di surau As-Sufi. Semua pelajar kms diwajibkan hadir. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan ialah,ceramah daripada salah seorang pejuang negara,laungan kemerdekaan dan solat hajat serta sujud syukur bagi menghayati dan menghargai atas kemerdekaan yang  masih dikecapi oleh negara kita,Malaysia.

 

 PEMBINAAN BLOG
Aktiviti ini diadakan daripada pertengahan bulan julai sehingga 25 September 2010. Penyertaan wajib bagi semua pelajar dengan menghantar beberapa wakil untuk setiap praktikum. Disini,terdapat contoh borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan.


 DEKORASI BLOK ASRAMA
 Dekorasi blok asrama disertai oleh semua blok di kolej Matrikulasi Selangor yang terdiri daripada Blok Vega, Blok Polaris, Blok Mira, Blok Canopus dan Blok Capella. Pelajar diminta menghias blok asrama mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang digunakan perlulah berkaitan dengan sambutan kemerdekaan yg ke-53. Terdapat beberapa hasil dekorasi yang telah dibuat oleh beberapa blok asrama perempuan seperti yang tertera di bawah.
Blok Mira
Blok Vega
Blok Polaris
Blok Polaris
PERTANDINGAN KOIR
Pertandingan koir pula disertai oleh beberapa pelajar bagi mewakili blok asrama masing-masing. Mereka perlu mempersembahkan beberapa lagu patriotik dan bertanding antara blok asrama yang lain. Terdapat beberapa gambar yang menunjukkan semasa latihan koir diadakan dan semasa pertandingan berlangsung:
Blok Polaris
Blok Mira
Blok Capella
Koir KMS
Blok Vega
Tempat ke-2:Vega

Keseluruhan pertandingan koir dimenangi oleh blok POLARIS,di tempat kedua ialah blok VEGA,dan ketiga pula blok CAPELLA...
Di akhir pertandingan sebelum mengumumkan keputusan juri,terdapat persembahan khas daripada pasukan koir KMS dengan lagu Standing in the eyes of the world dan Tanggal 31..

 LAWATAN LEGASI 31 OGOS 2010
Lawatan Legasi juga diadakan pada hari cuti umum,31 ogos 2010 sempena menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar KMS dan beberapa pensyarah matrik. Antara tempat-tempat yg di lawati ialah, Bukit Jugra, Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Alaeddin dan melawat orang yang sudah lama berada di banting dan beliau mengetahui banyak sejarah di banting.
 

BUKIT JUGRA
LUAR MASJID SULTAN ALAEDDIN
DALAM MASJID SULTAN ALAEDDIN

MAKAM ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD




LAWATAN KE RUMAH PEJUANG NEGARA

PANTOMIN