Utusan Malaysia : 31 Ogos 2010 : Sambutan Merdeka Ke-53 Catat Sejarah,Semangat 1Malaysia terserlah
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ia diadakan di ruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan Ramadan.
Meskipun tanpa perarakan, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini tetap menampilkan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana transformasi negara.
Tampil dengan kepelbagaian persembahan yang menakjubkan sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan kali ini, 1Malaysia Menjana Transformasi, kehadiran kira-kira 15,000 orang bersama Jalur Gemilang dikibarkan pada acara kemuncak sambutan turut memeriahkan lagi acara sambutan.
Acara bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke stadium tersebut.
Mengiring keberangkatan baginda berdua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri masing-masing.
Menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta duta-duta asing adalah antara kenamaan lain yang turut hadir.
Dalam pada itu, semangat patriotik mula bergema ke seluruh stadium apabila kata keramat Merdeka dilaungkan tujuh kali dan diikuti dengan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Keunikan amat terserlah dengan penggunaan imej, kad serta penataan cahaya yang boleh disifatkan sebagai amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar-dasar terbaru kerajaan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan.
Secara umumnya terdapat lapan segmen persembahan iaitu Gagasan 1Malaysia; Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10); NKRA; kreatif dan inovatif; Model Baru Ekonomi (MBE); kejayaan negara; kepantasan bertindak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Pada setiap segmen ditonjolkan beberapa gerakan para peserta dengan digabungkan dengan koir, kumpulan bercerita berirama, imej, kad serta penataan cahaya.
Meskipun pada sambutan kali ini tidak ditonjolkan perarakan kelengkapan ketenteraan dan anggota keselamatan lain, persembahan oleh lebih 2,000 anggota tentera, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak kurang hebatnya.
Ini termasuk tempur tanpa senjata (TTS), gerakan anti pengganas serta kawat senyap.
Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.
Rais ketika ditemui selepas sambutan itu berkata, pihak kementerian amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
PERTANDINGAN FOTO WARISAN
PAMERAN WIRA TAK DICANANG
KEMPEN JALUR GEMILANG
SAMBUTAN HARI MALAYSIA
- LONDON (United Kingdom) 30 Ogos - Akhirnya, pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tiba di kota raya London tepat pukul 12.05 tengah malam waktu Malaysia (5.05 petang waktu tempatan), genap 53 tahun bendera Union Jack terakhir diturunkan di bumi Malaysia.
Penginapan pasukan EM1M selama lima hari ini di sini ditaja oleh ibu pejabat Islamic Relief (IR).
Terdahulu, anggota pasukan EM1M menjejakkan kaki di bumi United Kingdom (UK) sebaik sahaja tiba di Dover, UK, selepas 61 hari dilepaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Sri Utusan, Bangi pada 1 Julai lalu.
Pasukan EM1M tiba di Dover dengan menaiki perkhidmatan kereta api Eurotunnel dari Calais, Perancis.
Esok merupakan hari terakhir EM1M dengan perjalanan yang singkat tetapi penuh simbolik dari hotel penginapan di London ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK bagi menyertai upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang.
Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim bagi pihak EM1M mengucapkan: "Selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-53 untuk seluruh rakyat Malaysia." – Utusan
- JULAI
- MAJLIS MALAM MENGENANG JASA PEJUANG NEGARA 2010
- Dewan Merdeka,PWTC,Kuala Lumpur
- MAJLIS PERASMIAN PAMERAN HIKAYAT HANG TUAH LAGENDA PAHLAWAN MELAYU
- Perpustakaan Negara Malaysia
- PROGRAM MENGENANG TOKOH NEGARAWAN ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
OGOS
MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
Stadium Utama Kangar
PROGRAM MERAKYATKAN KIBARAN JALUR GEMILANG
Brickfield,Kuala Lumpur
PROGRAM MERAKYATKAN SENI DAN LARIAN MERDEKA SERTA SENAM SENI 1 MALAYSIA
Taman Desa Ria,Taman Medan,Petaling Jaya
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53
Stadium Putra Bukit Jalil,Kuala Lumpur
RAPTAI
MAJLIS BERBUKA PUASA MUHIBAH 1MALAYSIA
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MAJLIS PELANCARAN BUKU MERINTIS DENAI DEMOKRASI
Hotel Promenade,Kota Kinabalu
MAJLIS PELANCARAN PELEKAT 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH (HARI MALAYSIA 2010)
Hotel Promenade,Kota Kinabalu,Sabah
MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI MALAYSIA 2010
Padang Merdeka,Kota Kinabalu,Sabah